9.4 Prinsip penyusunan reka
Rajah Prinsip Penyusunan Reka Bentuk Kurikulum
1) PRINSIP KESINAMBUNGAN
Principle of continuity bermaksud pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai
yang perlu dikuasai oleh murid- murid sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan
perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka. Suatu kurikulum
yang sempurna mempunyai kesinambungan yang lancar dengan dimulai peringkat
paling asas dan seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasi untuk meneroka
pada tahap yang lebih tinggi.
2) PRINSIP URUTAN
Principle of sequence bermaksud jumlah timbun-tambah ilmu, kemahiran dan
nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu.
Prinsip ini menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan
berdasarkan pengalaman lalu, supaya setiap pelajar berpeluang mempelajari
sesuatu dengan lebih dekat, meluas dan mendalam.
3) PRINSIP INTEGRASI
Principle of integration menetapkan agar pengalaman pembelajaran
dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan
menyeluruh. Integrasi dikaitkan dengan elemen merentas kurikulum: Bahasa, ilmu,
kemahiran, nilai, teknologi, inovasi, kreatif dan keusahawanan.
4) PRINSIP SKOP
Prinsip skop berkaitan dengan keluasan dan kedalaman kandungan yang perlu
dimuatkan dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran. Keluasan dan kedalaman
kandungan ini berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap murid
menguasai kandungan mengikut tahap-tahap Pendidikan dan kognitif.
5)PRINSIP IMBANGAN
Prinsip imbangan kandungan merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan
kesesuaian kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada
murid-murid untuk menguasainya.
评论
发表评论