9.4 Prinsip penyusunan reka
9.4 Prinsip penyusunan reka Rajah Prinsip Penyusunan Reka Bentuk Kurikulum 1) PRINSIP KESINAMBUNGAN Principle of continuity bermaksud pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid- murid sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka. Suatu kurikulum yang sempurna mempunyai kesinambungan yang lancar dengan dimulai peringkat paling asas dan seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasi untuk meneroka pada tahap yang lebih tinggi. 2) PRINSIP URUTAN Principle of sequence bermaksud jumlah timbun-tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu. Prinsip ini menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya setiap pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih dekat, meluas dan mendalam. 3) PRINSIP INTEGRASI Principle of integration menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lai...
评论
发表评论